Main Baling Selipar - disedut daripada fotopage Taufiq
Quote:
Baling selipar merupakan antara permainan tradisional tertua di kalangan orang Malaysia dan sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika berkumpul bersama rakan dan taulan. Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan hanyalah selipar yang selalunya dipakai oleh orang-orang di Malaysia.
Permainan ini tidak terkenal di negara sejuk seperti United Kingdom dan Russia memandangkan orang-orangnya selalu memakai kasut dan permainan baling kasut boleh mengakibatkan para peserta menjadi koma jika kasut dibaling terkena kepala.